Saturday, December 1, 2012

semester 4 ~ N 5.07 !

ASSALAMUALAIKUM,

 hari ini (1/12/2012) ialah hari pendaftaran kolej bagi pelajar lama untuk diploma UiTM.
uitmpp

sedar tak sedar, dah habis cuti 6 minggu tu.

alhamdulillah. untuk semester terakhir kat permatang pauh ni, aku dapat roommates yang okey.

semua student farmasi. jiran2 semua farmasi campur junior and senior, student FSK ada. FKM pon ada.

alhamdulillah sekali lagi dapat kembali di tingkat 5 ni setelah sem 1 dulu dapat tingkat 5 jugak. bagai sirih pulang ke gagang akhirnya eh ? betul tak peribahasa ni? lantak lah.. haha
kolej nilam tercinta :D

cuma dulu 5.24, sekarang 5.07. menghadap kristal lagi la. :D

ok, tak tau nak update apa dah. sampai sini jela ye. kalau ada masa, aku akan update lah apa2 yang patut. thats all from me. thank you. 

assalamualaikum

Thursday, November 29, 2012

SemesTer 4 !!

assalamualaikum, 

tinggal sehari je lagi sebelum aku melangkah pulang ke uitmcpp.

macam-macam perasaan bermain dalam hati ni.


perasaan tak nak balik penang dan sebab2nya:
---->rasa tak puas cuti, rasa tak nak belajar lagi, rasa nak enjoy2 kat rumah, rasa tak nak tinggalkan family.

perasaan ingin balik penang dan sebab2nya:
-----> rindu kat kawan2, rindu BERTAM !! , rindu nak tidur pagi2 dalam BAS UNIC LEISURE!! 

okey merepek. hmmm

tak lama lagi dah nak start semester baru iaitu semester ke-4 untuk aku. dan ini juga semester terakhir untuk belajar kat bertam ni. semester 5 nanti praktikal pulak.

sem 4 ni credit hours ada 18 ja. kurang satu subjek dari sem 3 lepas.

TAPI

mencabar sungguh sem 4 ni. harap2 aku dapat 4 rata. hanya 4 rata mampu mencerahkan jalan aku untuk menyambungkan pembelajaran aku dalam bidang farmasi ni. huhu

jadual sem 4 dah ada. baaaaaaaaaanyaaaaaaaak gap. dan gap itu tersaaaaaaangaaaaaat lah lama. 
nak tengok?

jadual untuk group PH1104B1
jadual untuk group PH1104B2




hari selasa tu!! enam jam gapnya! lama sungguh! nak buat apa la kat bertam tu yeerr. hmm


however, kita tak boleh lemah semangat kan. result sem lepas dah ok. just pulun lebih untuk semester ni.

thats all from me. see you next time. InSyaAllah

assalamualaikum ^_^



Sunday, September 30, 2012

final exam !!!!

assalamualaikum,

final exam dah dekat!!

ok. memang merisaukan aku. takut peristiwa sem lepas berulang. T___T hopefully tak lah.


esok (1/10/2012) bermulalah final exam untuk semester 3 ni.

bermula dengan BEL311.
diikuti PHC212 pada 3/10/2012, bla bla bla..

malas nak taip boleh tengok jadual ni lah yee.. =)

subjek yang paling aku takut sem ni ialah PHC214 - BASIC PHARMACOLOGY AND PHARMACOTHERAPY OF PERIPHERAL NERVOUS SYSTEM (PNS). seram bunyi dia kan? waaaa.. takutnyaa..

oklah. good luck untuk kawan2 aku. doakan kejayaan kita bersama okey? =)

assalamualaikum ^_^

Monday, August 20, 2012

Salam aidilfitri 2012 =D





Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
 
semoga gembira di hari yang mulia ini,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin. =)

assalamualaikum, ramadhan telah pon berlalu. harap kita mendapat rahmat dan barakah daripada bulan ramadhan ini. kekalkan ibadat yang telah kita lakukan dalam bulan tersebut dan mencuba untuk tingkatkan kualiti ibadat kita dalam bulan-bulan yang lain.

dah lama tak buka blog ni. bersawang sesangat dah. haha~ saja nak update.

tahun ini as usual me & my family beraya kat felda lasah, sungai siput, perak darul ridzuan. kami bertolak dari alor setar pukul 10.30 and sampai perak pukul 1.30.

di pagi hari raya pertama, kami sempat solat aidilfitri dua rakaat. then, kami menziarah kubur atuk. rindu sangat kat atuk. raya tahun ni macam kurang sikit sejak atuk tinggalkan kami tahun lepas pada 16 september 2011. sampai aku menitihkan air mata. hanya Allah yang tahu perasaan aku saat2 itu.

yang pergi tetap pergi, yang hidup harus meneruskan hidup. then, lepas tu bermula sesi ziarah-menziarahi. dapat jugak la duit raya walaupun dah 19 tahun. HAHAHA

baby ni nama dia saiyidatul fatehah. muka dia sebijik masa aku kecik2 dulu
inilah opah saya. sayang opah.

paling aku tak dapat lupakan ialah saat kami ziarah ialah rumah saudara opah. kami dapat makan laksa. walaupun kuahnya agak cair tapi sedap. n ada a few abang kat situ kata muka aku nampak ceria, suci gitu, macam penyanyi nasyid. sempat jugak gelak2 kat situ. haha~ *blushing* =3

di petang hari raya pertama pulak, aku stay kat rumah je. online, tidur, online. laju kot broadband celcom kat sini. kalah permatang pauh n alor setar. kawasan felda kot, malu la weyh. bandaraya saja, internet slow. haha. then, aku ditinggalkan berduaan dengan abah, yang lain pergi beraya kat ipoh. tapi tak pa. nasib ada broadband, boleh la bersosial di laman facebook and twitter. haha

ok. tak tau nak tulis apa dah. hari ini cukup bosan. tak pergi mana pon. dok rumah ja. melayan budak-budak ni. buat sakit hati ja. tak larat nak marah dah. hmmm..


ok la, sampai sini sajalah. nak cau dulu. assalamualaikum. =D 

Thursday, June 7, 2012

BYE2 CUTI,, HELLO SEMESTER 3 !!

ASSALAMUALAIKUM, termasuk hari ini lagi dua hari je lagi nak masuk UiTM balik. so, nak ambil kesempatan ini lah untuk update sikit2. pasni susah dah nak update, saya nak kena struggle untuk sem 3 ni. cuti pun dah nak habis, duit ptptn pun tak masuk2 lagi, bilalah agak2nya dia nak masuk tak tawu laaa. by the way, i-cress dah update. boleh laa tengok jadual course masing2. saya siap buat jadual sebijik macam uitm selalu buat. HAHA
NAK TENGOK?? tengok ni,,



semua subject dah okey, cuma hari jumaat tu. spoil sedikit. dah la xdak kelas hari jumaat tu. adoiy,  kesat suka buat macam nie kat kami. huu T.T


tp  its okey laa. kurangla sikit balik rumah sem nie. HAHA~

OKEY, sampai sini jela. nak share jadual n subject2 yg saya belajar sem ni ja.

'till next time.. ASSALAMUALAIKUM ^^

Friday, May 18, 2012

SEDIKIT PERKONGSIAN~

ASSALAMUALAIKUM~~ hari saya sempat tinjau fb Ustaz Azhar Idrus.. https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original ,, saya tengok la soalan2 yg selalu orang tanya.. best baca soalan2nya,, menarik dan boleh tambah ilmu agama sikit. Sebagai seorang student kita perlu juga meningkatkan ilmu agama di samping meningkatkan ilmu duniawi.


kadang2, kita tak tahu hukum perbuatan yang kita lakukan seharian. ada jugalah satu dua perkara yang saya sendiri tak tahu hukumnya tetapi setelah membelek2 fb Ustaz Azhar,, baru saya tahu.. ^_^


Di sini saya nak kongsi sedikit, bukan niat nak tujukan kepada sesiapa, minta maaf kalau diri ini salah maklumat, tolong perbetulkan.


1. hukum bagi lelaki yang memakai emas di badannya adalah HARAM.


2. HUKUM MEMAKAI WANGIAN YANG KUAT
>Hukum lelaki memakai perfume yang kuat adalah SUNNAH. Dibolehkan bagi lelaki   memakainya di khalayak ramai. 
>Hukum perempuan memakai wangian yang kuat di khalayak ramai adalah dilarang, adapun untuk keluarga atau suaminya adalah dibenarkan. Dalam SURAH AN-NUR,, "sunat memakai bauan yang perlahan baunya, cukup sekadar bau untuk dirinya, bukan ramai boleh membaunya dengan berselisih perjalanan......


3.HARAM jika perempuan mengatakan rindu/sayang/ dengan sewaktunya kepada lelaki yang ajnabi/bukan mahram jika menimbulkan fitnah atau merangsang nafsu ataupun sebaliknya(lelaki ke perempuan). 
( BEWARE! saya selalu dengar/baca perempuan/lelaki yang menyatakan ayat2 tersebut kepada pasangannya..) nauzubillah~


4. HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI. 
>Hukumnya adalah dilarang kerana inai adalah perhiasan wanita sekalipun untuk berkahwin..


5.HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN..
   >cincin EMAS - HARAM
   >EMAS PUTIH(WHITE GOLD) - HARAM
   >CINCIN BESI/NIKEL - HARUS
   >CINCIN PERAK - SUNNAH
   >PLATINUM - HARUS


SEKIAN, SAMPAI DI SINI SAJA.. (tak larat nak taip.. hehe)


SALAH DAN SILAP HARAP DIPERBETULKAN..

 ASSALAMUALAIKUM ^_^

Sunday, May 13, 2012

OH ! SEMESTER BREAK !!

ASSALAMUALAIKUM~~ dah lama saya tak update blog ni kan?? huhu~ baru teringat nak update.. hehe~ saja-saja nak update.. bosan duduk rumah... maklumlah... sekarang ni mahasiswa universiti kan cuti~~



apabila sebut cuti semester~ wah... siapa tak seronok cuti kan... boleh balik rumah jumpa family.. lepak dengan kawan-kawan...macam-macam la... humm


masuk hari ni ja dah 6 minggu duduk rumah... first tu ingat nak kerja la... last2 malas nak kerja... duduk rumah ja... buat lemak! hahaha! pagi petang siang malam,, rutin harian tengok movie (mean drama korea la saya ni.. hehe) or maen games... haha~ 


kadang-kadang ikut mak pergi pasar.. kuranglah sedikit waktu tidurnya.. kalau tidak, asyik tidur kerjanya.. HAHA!


cuti kali ni xpergi mana-mana pon.. duit tak dak... kering kontang poket ni... adeh~ =.="
jelez tengok kawan-kawan pergi jalan-jalan.. huu~~~~~~


kawan-kawan ada juga plan nak buat program usrah untuk form 5 sekolah menengah dulu.. tapi memandangkan tak sampai sebulan lagi nak masuk U dah,, fikir dua tiga kali juga la nak join tu... hopefully, plan tu jadi walaupun saya tak boleh nak join.. ^^

tak taw nak tulis pa dah... nak tulis pasal result, result tak gempak.. so malas! sampai sini je la... nanti kalau ada masa saya akan update lagi ok...



assalamualaikum... ^^

Monday, March 5, 2012

STUDY WEEK IS COMING~~

what???????????? 



oh no..... 

ni bbrpa ragam2 student ketika study week... mesti sesetgh mcm ni an3?? ... sprti sy.. haha


sometime mcm ni lak.. huhu


klw mcm ni la.. xtw la result nnti cna.. adoiyh~ =.="


wlupun study tu bosan.. nk x nk kna la study utk dptkn result yg gempak...


jgn jd cmni lak... relax2 la... study leklok.. jgn tension tw...



 utk kwn2,, study hard... keyh...

oke.. 4 me no more time for fb... it's time for study...




i wish gudluck to all my friends in uitm... do the best for ur exam...
^_^

Saturday, February 11, 2012

JAGALAH AURATMU WAHAI WANITA~

Assalamualaikum~~~ 

wanita zaman sekarang banyak yg silap menafsir soal aurat...

kesilapan pertama: 
 aurat itu adalah memakai tudung sahaja.. 


kedua: btudung tetapi ber‘T-Shirt’ yg berlengan pendek.. 

ketiga: btudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.

keempat: btudung tetapi bajunya sendat, sempit & nipis lalu memaparkan bentuk yg tidak sepatutnya dipertonjolkan...

kelima: btudung tetapi menayangkan jambulnya....

keenam: btudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau di sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya...

ketujuh: btudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung...

kelapan: btudung tetapi dgn tudung yg amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya...

kesembilan: Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan...

nauzubillah~~

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali...

firman Allah yg bermaksud:

"
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dgn tudung & bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tmpt2 yg boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yg memungkinkan dilihat oleh orang yg jahat hatinya....

Amat jelas dari dalil al-Quran & al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yg membentuk & nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yg dpt menampakkan bahagian2 tubuh, khususnya tempat2 yang membawa fitnah, seperti: dada, paha, dan sebagainya...

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
LARANGAN MEMAKAI TUDUNG YANG NIPIS
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
KESILAPAN KESEPULUH : Bertudung & sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaiannya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan..
Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia merupakan salah satu dosa utama yg amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini kerana, dgn terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa2 lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dll. Perihal Syaitan menyasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :
"Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)
tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat:
1) Perbezaan dengan binatang..
Allah SWT berfirman :
” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)
2) Agar kaum wanita tidak disakiti..
3) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT...
hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap sering dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat...
“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya...
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi...
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
sebagai contoh~~~ Seorang pekerja yg dijumpai oleh majikannya sedang bermain game semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yg diminta oleh bosnya masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”
Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”
Adakah anda rasa si boss tu boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu yg baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja...
Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’...
sekian.,, wassalam~







Sunday, February 5, 2012

Dear February... =="

Assalamualaikum... oke~ for this time.. i want to talk about MY FEBRUARY SCHEDULE...
before i went to my LOVELY ALOR SETAR... 



I had listed a few activities (test, quiz & assignment)...

since that,, i just realised that my schedule for this month are REALLY REALLY REALLY PACK !! 

YA ALLAH~~~ I just realised that I only have a few days to finish my ASSIGNMENT!!!




CTU151 ASSIGNMENT~~~ 

PHC121 ASSIGNMENT~~

PHC122 ASSIGNMENT~~~ 
@.@"

n i will face a few tests n quizzes in a couple of week... n I DON'T STUDY ANYTHING yet~~~ oh,,,

*DEPRESSION...* (=.=")










HOWEVER,,, I can't just complain without any effort,, RIGHT...? 
SO,, I just need my spirit back!!
I hope I will get it as soon... hopefully I can maintain my dean list... huhu (^.^)V 



PRAY ALL THE BEST FOR ME GUYS!! 
THANK YOU... LOVE YOU ALL!! 

SALAM

Sunday, January 22, 2012

Rx Family Day 2012

Assalamualaikum~ smlm lengkap lah sminggu slps Rx family day blangsung yg blgsung pada 14 JANUARI 2012 di Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA) di Tanjung Bungah, Pulau Pinang....
memang bez la join event ni... n rugi la bg sesiapa yg xjoin tu... hehee~ owh owh,, tema kami biru..
ak ucpkan byk2 terima kasih n tahniah kpd seki2 SOPHYS part 2 yg berjaya menganjurkn event yg meletup ni... hehehe~ wlupun plbgai dugaan yg kalian tempuh,, ak ttap bangga ngn korg... huu~
as my previous post,, ak dh jnji nk update psal family day ni...


mengikut tentatif program... kmi djgka brtolak ke PKSA pd pkulk 7.30 pg... namun,,, bas yg kmi tggu smpy lmbt... then,, sgla aktiviti yg tlh dirncangkn trut menjadi lmbt lah... jumlah peserta yg hadir dlm lingkungn 200 lebih...


stlh kmi smpy kmi kumpul dlm kumpuln yg tlh ditetapkn... then kmi bwt stretching cket sblom start bmain... hehe~
antara games yg dijalankan ialah,, bola tmpar,, sukaneka,, tarik tali... n finally,, kayuh perahu naga...


beberapa gmbr aq uplod kt sni... bole la korg tgk.. hehe


ni kmi bkumpul di depo bas uitmpp...




bas ISA yg kmi naik..



kmi tiba di PKSA


sdg mengambil air utk aktiviti yg akan dijlnkan





bkumpul dlm kumpuln yg tlh ditetapkan


stretching dlu sblum main~~~


sukaneka ptma... 
tiup belon smpy pecah n cari gula2 dlm tepung...hehe


hoiy abg,, mna bole angkat benda tu... =.="


cntik gmbr ni kn... go azam go!!

tiup kak tiup lagi!!!


berlari kaki tiga lak... lecturer2 turut join..


ni hamper2nye..


bola tampar pon ade,..


game 3.. isi air dlm botol...



bola tmpar perempuan...


tarik tali (p).. junior vs senior!!
yg bkesudahan senior menang 2-0..


tali tali (L).. senior vs junior!!
yg berkesudahan junior menang!!! 2-1.. ^.^ 


semangat kak say tarik.. 

kami solat zohor di masjid terapung...


water confidence~

smbil tggu gilirn kmi smpat tanam en. anam ni lu... hahaha~

pendayung2 bot naga... :D

bot naga!!! kpla naga dia hilang kot...



tenx to cameramen,, which is me,, iman n alya.. cuz amik gmbq2 ni... hehe
hopefully next family day best mcm ni jgak r... hehe

setakat ni je la... penat tggu menda ni upload.. hehe~ 




salam..(^_^)V