Saturday, February 11, 2012

JAGALAH AURATMU WAHAI WANITA~

Assalamualaikum~~~ 

wanita zaman sekarang banyak yg silap menafsir soal aurat...

kesilapan pertama: 
 aurat itu adalah memakai tudung sahaja.. 


kedua: btudung tetapi ber‘T-Shirt’ yg berlengan pendek.. 

ketiga: btudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.

keempat: btudung tetapi bajunya sendat, sempit & nipis lalu memaparkan bentuk yg tidak sepatutnya dipertonjolkan...

kelima: btudung tetapi menayangkan jambulnya....

keenam: btudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau di sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya...

ketujuh: btudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung...

kelapan: btudung tetapi dgn tudung yg amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya...

kesembilan: Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan...

nauzubillah~~

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali...

firman Allah yg bermaksud:

"
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dgn tudung & bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tmpt2 yg boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yg memungkinkan dilihat oleh orang yg jahat hatinya....

Amat jelas dari dalil al-Quran & al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yg membentuk & nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yg dpt menampakkan bahagian2 tubuh, khususnya tempat2 yang membawa fitnah, seperti: dada, paha, dan sebagainya...

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
LARANGAN MEMAKAI TUDUNG YANG NIPIS
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
KESILAPAN KESEPULUH : Bertudung & sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaiannya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan..
Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia merupakan salah satu dosa utama yg amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini kerana, dgn terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa2 lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dll. Perihal Syaitan menyasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :
"Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)
tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat:
1) Perbezaan dengan binatang..
Allah SWT berfirman :
” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)
2) Agar kaum wanita tidak disakiti..
3) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT...
hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap sering dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat...
“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya...
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi...
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
sebagai contoh~~~ Seorang pekerja yg dijumpai oleh majikannya sedang bermain game semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yg diminta oleh bosnya masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”
Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”
Adakah anda rasa si boss tu boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu yg baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja...
Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’...
sekian.,, wassalam~







No comments:

Post a Comment