Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
semoga gembira di hari yang mulia ini,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin. =)
assalamualaikum, ramadhan telah pon berlalu. harap kita mendapat rahmat dan barakah daripada bulan ramadhan ini. kekalkan ibadat yang telah kita lakukan dalam bulan tersebut dan mencuba untuk tingkatkan kualiti ibadat kita dalam bulan-bulan yang lain.
dah lama tak buka blog ni. bersawang sesangat dah. haha~ saja nak update.
tahun ini as usual me & my family beraya kat felda lasah, sungai siput, perak darul ridzuan. kami bertolak dari alor setar pukul 10.30 and sampai perak pukul 1.30.
di pagi hari raya pertama, kami sempat solat aidilfitri dua rakaat. then, kami menziarah kubur atuk. rindu sangat kat atuk. raya tahun ni macam kurang sikit sejak atuk tinggalkan kami tahun lepas pada 16 september 2011. sampai aku menitihkan air mata. hanya Allah yang tahu perasaan aku saat2 itu.
yang pergi tetap pergi, yang hidup harus meneruskan hidup. then, lepas tu bermula sesi ziarah-menziarahi. dapat jugak la duit raya walaupun dah 19 tahun. HAHAHA
baby ni nama dia saiyidatul fatehah. muka dia sebijik masa aku kecik2 dulu |
inilah opah saya. sayang opah. |
paling aku tak dapat lupakan ialah saat kami ziarah ialah rumah saudara opah. kami dapat makan laksa. walaupun kuahnya agak cair tapi sedap. n ada a few abang kat situ kata muka aku nampak ceria, suci gitu, macam penyanyi nasyid. sempat jugak gelak2 kat situ. haha~ *blushing* =3
di petang hari raya pertama pulak, aku stay kat rumah je. online, tidur, online. laju kot broadband celcom kat sini. kalah permatang pauh n alor setar. kawasan felda kot, malu la weyh. bandaraya saja, internet slow. haha. then, aku ditinggalkan berduaan dengan abah, yang lain pergi beraya kat ipoh. tapi tak pa. nasib ada broadband, boleh la bersosial di laman facebook and twitter. haha
ok. tak tau nak tulis apa dah. hari ini cukup bosan. tak pergi mana pon. dok rumah ja. melayan budak-budak ni. buat sakit hati ja. tak larat nak marah dah. hmmm..
ok la, sampai sini sajalah. nak cau dulu. assalamualaikum. =D
No comments:
Post a Comment