Asalamualaikum..
dalam jam 8.27 p.m. tadi aku baru mendapat berita bahawa ayahanda sabahatku Zulafifi baru sahaja kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah~~~
masih terngiang-ngiang kedengaran sebakan dan tangisan beliau di saat aku menelefonnya. tersentak seketika hatiku. kesedihan mula melanda. Ya Allah. tabahkanlah hati fifi. sepanjang aku kenal dia belum pernah aku dengar dia menangis. aku tahu hatinya lembut walaupun fizikalnya nampak matang.
teringat aku saat2 atuk meninggal dulu..
tak dapat digambarkan saat2 itu. betapa sedihnya aku saat itu..
Back to 16th september 2011.. di pagi subuh yg hening.. aku mendapat panggilan telefon dari mak yg menyatakan bahawa atuk telah pun meninggal dunia.
Ya Allah.. hanya Allah yg tahu betapa sedihnya aku saat tu.
ketika tu parent aku sudah pun berada di kampung halaman. aku tidak tahu bagaimana harus pulang menjenguk arwah.. aku takut aku tidak berkesempatan melihat beliau buat kali terakhir.
nasib pakcik aku sudi menumpangkan aku..
hmm
sepanjang hari tu aku menangis.. kadang2 tangisan aku tidak kelihatan namun hatiku hanya Allah yg tahu betapa sedihnya. selepas jenazah selamat dikebumikan aku terpaksa pulang ke kampus dgn segera. ikut kehendak hati aku hendak stay, tapi mak paksa aku pulang.. :'(
disaat itu aku tiada teman untuk meluahkan perasaan.. aku keseorangan, aku tiada teman.. :'(
No comments:
Post a Comment