Thursday, June 6, 2013

P.H.A.R.M.A.C.Y. A.S.S.I.S.T.A.N.T. T.R.A.I.N.E.E.

Assalamualaikum..

Tiga hari yg lalu.. bermulalah kehidupan aku sebagai pharmacy assistant trainee di Hospital Sultanah Bahiyah..

DAY 1 :
hari pertama kami berkumpul di lobi sebelum pergi lapor diri..

sampai2 je dah kena marah, cakap tak beradab la bagai. padahal kami dah bg salam kot..
nasib la dapat preceptor yg cerewet. nak kena ikut procedur bagai. padahal org yg in-charge punchcard tu okay ja..

lepas kena bebel tu kami terus dibawa ke semua department farmasi. dalam sejam setengah kemudian kami disuruh ke department masing2 mengikut jadual yg diberi. nasib aku dapat in-patient department (IPD).

kat IPD, takde la se'busy' OPD (Out-patient department). tapi pepagi tu busy gila. dengan filling ubat ikut label yg diberi oleh pharmacist then kena buat floor stock utk ward2 pulak.. then kena check trolley untuk Unit of Dose (UOD) dan Unit of use (UOU) pulak.. perrghh penat siot.. berdiri punya lama.. sakit kaki.. pastu tunggu rehat ja..

tapi untungnya kat ipd ni sebelah petang tak busy sgt. kdg2 ja filling ubat.. pastu yg mana ubat agak2 nak habis top up ja.. kena la masuk store.. record bagai semua tu wajib.. kalau dak habis lari nanti..

1ft day praktikal memang balik2 tu aku stress gila habis sakit2 pala.


Day 2:

kena hari kedua ni hari farmasi pulak. ramai staff takdak. then puan Ong, local preceptor kat situ suruh aku naik satelit 6 pulak. punggah. then aku pon naik je la.. masuk2 je semua dalam tu perempuan. then diorang semua panggil aku adik. zzzz

mula2 masuk tu aku buat kerja yg senang ja iaitu filling ubat.. then kak kat situ ajar buat floor stock.. mau 5 jam jugak berdiri. mau luruh kaki nih.

tapi yg best kat satelit 6 ni ruang dia kecil n susunannya lebih teratur, so senang nak cari. pusing2 jumpa. lagi satu kat sini aku belajar bagi ubat2 kat staffnurse. baru nampak communication utk aku dgn staff selain dari pegawai farmasi (pf) / pembantu pegawai farmasi (ppf). 


lepas hari lunch hour kena masuk kerja balik. biasalah sebelah petang takde kerja sangat. so duduk je la. kalau ada label ambil, record then filling.. pastu tunggu pukul 5 balik.

Day 3: 

hari ketiga kena turun ke IPD semula. perrghh penat siot.. tapi semakin hari semakin aku enjoy kerja kat situ. takde dah sakit2 pala.. aku buat kerja macam biasa. filling2 ubat. tertonggek sana tertonggek sini cari ubat, tak biasa lagi. location ubat masih belum dapat ingat sepenuhnya.. tapi lama2 boleh la tu. InSyaAllah..