Wednesday, April 24, 2013

S.A.Y.A. R.I.N.D.U. A.W.A.K. S.E.M.U.A.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. 

alhamdulillah.. setelah sepuluh hari aku cuti sem, baru tergerak hati nak tulis balik blog ni. 

aku tulis entry kali ni sebab aku dah mula rindukan suasana penang. rindukan kawan2.

aku rindu bangun awal pagi2, naik bas pergi bertam. dan aku jugak rindu saat2 tunggu bas untuk balik permatang pauh. dan jugak sesi perebutan bas jika balik pukul 5.. 
aku jugak rindu menapak ke bangunan pentadbiran kat bertam tu utk tempah bas (kekadang je pong). haha

aku rindu lepak kat bilik kuliah kosong time takde lecture. kadang lepak kat dewan kuliah. hee

aku rindu lecturer2 kat sana. (bodek ke?? haha)

paling rindu sebenarnya kat kengkawan.. 

rindu gosip2 dengan yin!!! rindu sindir2 fifi ! marah2 dia, hehehe fifi baik sangaaaaattttt !! 

rindu berkongsi isi hati dengan budak dua org ni..!!
dari kiri yin, me and fifi.. hehe.

rindu bergurau dengan kayyoe!! rindu pergi cendol dgn dia, sng nk ajak.. rindu dengar ceramah politik dia. aku sokong dia!! hehehehehehe rindu tgk dia main PES dia dgn hafiz..
rindu pian!! rindu senyap dia.. aku cakap berpatah2, dia jawab sepatah je. kdg2 main angguk2 geleng2 je.. tp bila mesej hah ! indah khabar dari rupa. eh? pon boleh.. rindu muka blur2 dia tu. haha
rindu lepak bilik diorg, walaupun busuk2, berselerak, situ jugak aku dtg bertenggek bila kebosanan. haha ^^v

kayyoe and pian.. time lawatan ke tambun.. best memories ever

we're buddies!! budak2 lelaki group B. rindu korg..
rindu abu, kerol n afiq !! rindu riuh rendah diorg.. rindu nyanyian abu.. rindu rengekan kerol.. rindu ketidakbetulan afiq bila malam exam or test.. hahaha
rindu jamjam aka azamudin. rindu nak kacau dia. or dia kacau aku.. haharindu epul jugak!! dtg bilik semata nak masak air or ambil sabun pinggan.. hahahahaha

setahun jadi roommate.. oh rindu korg..
jamjam main patung org.. ish3
rindu kak say dgn kak aishah!! riuh rendah diorg berdua.. gelak ketawa diorg.. takde diorg sunyi bilik kuliah.. haha terima kasih kakak2.. sbb byk membantu.. jasamu dikenang.. :)

kenangan time pharmacy discovery day
makan makan makan makan makan
 rindu anis, suhi, alya aisyah, azian, tiqah, anati, mira k., yana, nad dll.. geng yg susah nk berpisah.. hahaha

gadis2 group B..
dengan tamatnya last paper, hospital pharmacy, maka tamatlah perjuangan kita bersama di bumi penang. lepas ni masing2 berjuang merempuh alam yg berbeza sedikit iaitu alam pekerjaan. masing2 berpraktikal di hospital pilihan masing2. 
hopefully silaturahim yg terjalin erat antara kita tidak putus dgn perpisahan ini. hopefully korg pandai jaga diri masing2 kat sana. jaga nama baik uitm. jaga nama baik fakulti. haha
doakan kejayaan kita bersama. :)




Rx ~WE SERVE THE COMMUNITY~





lastly, saya rindu tuan empunya teddy bear ni.. 


peace no war.. ^_^v

Sunday, February 10, 2013

OH FEBRUARY ~~

ASSALAMUALAIKUM..

ok once again, February disappointing me. 

why??

because of this February, I have to sacrifice my CNY's holiday with 4 assignment! 

YEAY! 4 assignment!! not 1 not 2 not even 3 but 4!! 

oh yeah..

sabar Aiman.. ni baru namanya university student. kalau takde assignment baik tak payah mengaji. erk..

ok.. satu daripada 4 asainmen tadi dah siap iaitu publi health poster assignment (Diabetes Mellitus).. aku menghabiskan masa selama 6 jam untuk habiskan asainmen tu..
 penatnya bukan kepalang.

tak larat nak buat assignment lain dah. cukup untuk  hari ni.

3 lagi esok2 je la.
 yg tinggal cuma booklet assignment (depression), administration plan, and yg terbaharu, essay mengenai adik angkat masing2 kat rumah yakin al-wadi, kupang, baling yg kami pergi tempoh hari.
 nak kena buat essay not more than 1000 words by handwriting. huh.. penat woi penat.

k la. nak chao dulu.. see you again. bye2 assalamualaikum

Tuesday, January 22, 2013

ASSIGNMENT !!!!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 malaysia. :D

dah lama tak update blog ni. maklumlah, bukan blogger professional. hehe

sejak 2,3 minggu ni aku busy dengan assignment and projek je.

banyak benar nak kena fikir. padahal banyak buang masa kat fb n twittaq ja. lalalala

untuk semester ni sahaja, aku ada 5 lab praktikal, 1 public health presentation assignment, 1 booklet assignment, 1 mindmap assignment, dan yg paling penting! 1 bisnes projek!!!

ya bisnes projek! macam takde kaitan kan dengan course aku???! aku pon tak tahu kenapa kami terpaksa ambil subjek tu. hmmm

sehingga sekarang , aku baru je siapkan 1 lab praktikal and 1 public health assignment, tu pon tak berapa nak siap lagi.

ni pon dah pening pala hotak rasa nak tercabut. ok over. haha

ok sebelum terlupa.. aku berjaya menamatkan keenam-enam modul PPKP (program pembangunan dan kepimpinan pelajar).. happy gila!! no more ppkp!! utk diploma je la.. hehe

setakat itu je la.. nak cuci sesawang kat blog aku ni je. haha


'till next time. see yaa,, assalamualaikum.. :)

Saturday, December 1, 2012

semester 4 ~ N 5.07 !

ASSALAMUALAIKUM,

 hari ini (1/12/2012) ialah hari pendaftaran kolej bagi pelajar lama untuk diploma UiTM.
uitmpp

sedar tak sedar, dah habis cuti 6 minggu tu.

alhamdulillah. untuk semester terakhir kat permatang pauh ni, aku dapat roommates yang okey.

semua student farmasi. jiran2 semua farmasi campur junior and senior, student FSK ada. FKM pon ada.

alhamdulillah sekali lagi dapat kembali di tingkat 5 ni setelah sem 1 dulu dapat tingkat 5 jugak. bagai sirih pulang ke gagang akhirnya eh ? betul tak peribahasa ni? lantak lah.. haha
kolej nilam tercinta :D

cuma dulu 5.24, sekarang 5.07. menghadap kristal lagi la. :D

ok, tak tau nak update apa dah. sampai sini jela ye. kalau ada masa, aku akan update lah apa2 yang patut. thats all from me. thank you. 

assalamualaikum