Saturday, December 1, 2012

semester 4 ~ N 5.07 !

ASSALAMUALAIKUM,

 hari ini (1/12/2012) ialah hari pendaftaran kolej bagi pelajar lama untuk diploma UiTM.
uitmpp

sedar tak sedar, dah habis cuti 6 minggu tu.

alhamdulillah. untuk semester terakhir kat permatang pauh ni, aku dapat roommates yang okey.

semua student farmasi. jiran2 semua farmasi campur junior and senior, student FSK ada. FKM pon ada.

alhamdulillah sekali lagi dapat kembali di tingkat 5 ni setelah sem 1 dulu dapat tingkat 5 jugak. bagai sirih pulang ke gagang akhirnya eh ? betul tak peribahasa ni? lantak lah.. haha
kolej nilam tercinta :D

cuma dulu 5.24, sekarang 5.07. menghadap kristal lagi la. :D

ok, tak tau nak update apa dah. sampai sini jela ye. kalau ada masa, aku akan update lah apa2 yang patut. thats all from me. thank you. 

assalamualaikum

Thursday, November 29, 2012

SemesTer 4 !!

assalamualaikum, 

tinggal sehari je lagi sebelum aku melangkah pulang ke uitmcpp.

macam-macam perasaan bermain dalam hati ni.


perasaan tak nak balik penang dan sebab2nya:
---->rasa tak puas cuti, rasa tak nak belajar lagi, rasa nak enjoy2 kat rumah, rasa tak nak tinggalkan family.

perasaan ingin balik penang dan sebab2nya:
-----> rindu kat kawan2, rindu BERTAM !! , rindu nak tidur pagi2 dalam BAS UNIC LEISURE!! 

okey merepek. hmmm

tak lama lagi dah nak start semester baru iaitu semester ke-4 untuk aku. dan ini juga semester terakhir untuk belajar kat bertam ni. semester 5 nanti praktikal pulak.

sem 4 ni credit hours ada 18 ja. kurang satu subjek dari sem 3 lepas.

TAPI

mencabar sungguh sem 4 ni. harap2 aku dapat 4 rata. hanya 4 rata mampu mencerahkan jalan aku untuk menyambungkan pembelajaran aku dalam bidang farmasi ni. huhu

jadual sem 4 dah ada. baaaaaaaaaanyaaaaaaaak gap. dan gap itu tersaaaaaaangaaaaaat lah lama. 
nak tengok?

jadual untuk group PH1104B1
jadual untuk group PH1104B2




hari selasa tu!! enam jam gapnya! lama sungguh! nak buat apa la kat bertam tu yeerr. hmm


however, kita tak boleh lemah semangat kan. result sem lepas dah ok. just pulun lebih untuk semester ni.

thats all from me. see you next time. InSyaAllah

assalamualaikum ^_^



Sunday, September 30, 2012

final exam !!!!

assalamualaikum,

final exam dah dekat!!

ok. memang merisaukan aku. takut peristiwa sem lepas berulang. T___T hopefully tak lah.


esok (1/10/2012) bermulalah final exam untuk semester 3 ni.

bermula dengan BEL311.
diikuti PHC212 pada 3/10/2012, bla bla bla..

malas nak taip boleh tengok jadual ni lah yee.. =)

subjek yang paling aku takut sem ni ialah PHC214 - BASIC PHARMACOLOGY AND PHARMACOTHERAPY OF PERIPHERAL NERVOUS SYSTEM (PNS). seram bunyi dia kan? waaaa.. takutnyaa..

oklah. good luck untuk kawan2 aku. doakan kejayaan kita bersama okey? =)

assalamualaikum ^_^

Monday, August 20, 2012

Salam aidilfitri 2012 =D





Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
 
semoga gembira di hari yang mulia ini,
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin. =)

assalamualaikum, ramadhan telah pon berlalu. harap kita mendapat rahmat dan barakah daripada bulan ramadhan ini. kekalkan ibadat yang telah kita lakukan dalam bulan tersebut dan mencuba untuk tingkatkan kualiti ibadat kita dalam bulan-bulan yang lain.

dah lama tak buka blog ni. bersawang sesangat dah. haha~ saja nak update.

tahun ini as usual me & my family beraya kat felda lasah, sungai siput, perak darul ridzuan. kami bertolak dari alor setar pukul 10.30 and sampai perak pukul 1.30.

di pagi hari raya pertama, kami sempat solat aidilfitri dua rakaat. then, kami menziarah kubur atuk. rindu sangat kat atuk. raya tahun ni macam kurang sikit sejak atuk tinggalkan kami tahun lepas pada 16 september 2011. sampai aku menitihkan air mata. hanya Allah yang tahu perasaan aku saat2 itu.

yang pergi tetap pergi, yang hidup harus meneruskan hidup. then, lepas tu bermula sesi ziarah-menziarahi. dapat jugak la duit raya walaupun dah 19 tahun. HAHAHA

baby ni nama dia saiyidatul fatehah. muka dia sebijik masa aku kecik2 dulu
inilah opah saya. sayang opah.

paling aku tak dapat lupakan ialah saat kami ziarah ialah rumah saudara opah. kami dapat makan laksa. walaupun kuahnya agak cair tapi sedap. n ada a few abang kat situ kata muka aku nampak ceria, suci gitu, macam penyanyi nasyid. sempat jugak gelak2 kat situ. haha~ *blushing* =3

di petang hari raya pertama pulak, aku stay kat rumah je. online, tidur, online. laju kot broadband celcom kat sini. kalah permatang pauh n alor setar. kawasan felda kot, malu la weyh. bandaraya saja, internet slow. haha. then, aku ditinggalkan berduaan dengan abah, yang lain pergi beraya kat ipoh. tapi tak pa. nasib ada broadband, boleh la bersosial di laman facebook and twitter. haha

ok. tak tau nak tulis apa dah. hari ini cukup bosan. tak pergi mana pon. dok rumah ja. melayan budak-budak ni. buat sakit hati ja. tak larat nak marah dah. hmmm..


ok la, sampai sini sajalah. nak cau dulu. assalamualaikum. =D